Assalamualaikum..
Pangkalan Data Murid
VS
Sistem Maklumat Murid
dahsyat tak tajuk entry arini? Vs- Vs gitu..hihi..
Rasanye semua guru familiar dengan Sistem Maklumat Murid ni, terutama Guru Data & Guru Kelas. almaklumla sentiasa kena update untuk memastikan data SMM tepat dengan data sebenar..
tapi ape Pangkalan Data Murid ni pulak?
jeng~jeng~jeng..
Pangkalan Data Murid ialah aplikasi yg dibina oleh KPM dengan tujuan untuk dijadikan pangkalan data utama bagi data murid. Data ini nanti boleh diguna pakai oleh semua aplikasi di KPM. Data ini merangkumi profil murid dan penjaga. Walaupun sebenarnya data SMM sudah cukup lengkap, tetapi aplikasi ini tetap mahu digunakan sekaligus menambah tugas para guru.
KPM telah mengeluarkan surat arahan pengemaskinian profil murid pada aplikasi ini dan semua guru haruslah mengemaskini dengan serta merta (ade tulis dalam surat k..).
Semua data murid perlu siap dikemaskini selewat-lewatnya 24 Februari 2012. Tapi Guru Data sekolah saya minta siapkan sebelum 20 hb supaya dia ade sikit masa untuk semak.
Guru-guru yang mahu mengemaskini boleh membuka aplikasi di link di bawah;
<<<<Pangkalan Data Murid>>>>
Jadi moh la kita same2 buat.. Buat sambil senyum je untuk mengekalkan kejelitaan. Jangan masam2 muke pulak.hihi..
Adios..
pstt... nak update Pangkalan Data tu plak selepas update blog sendiri.
muahaha..
No comments:
Post a Comment