Yesterday is history~Tomorrow is a mystery~Today is a gift~That's why it's called the Present

Yesterday is history~Tomorrow is a mystery~Today is a gift~That's why it's called the Present

12 February 2012

Wujudkah hujan ikan?

Salam..



Sape tau apakah hujan perolakan? hujan bukit?
ramai yang tau kan.. kalo yang tak tau tu mesti tak tumpukan perhatian dalam kelas geografi.. hikhik..

Sape tau hujan ikan? Sape yang pernah tengok hujan ikan ni?

Saya pernah dengar pasal hujan ikan ni, tp tak pernah alami.. so macam susah je nak percaya..
Tapi tahun lepas Prof Hamirdin (pensyarah UPSI) kate memang ade hujan ikan ni.

& dalam metro harini (12 Feb 2012) pun ade berita tentang hujan ikan ni. jom teruskan membaca.. ;)

Sumber: Metro online

Satu kejadian pelik telah berlaku di mana Bandar Honduras Australia telah dihujani dengan beratus-beratus ikan dari langit. Kejadian ini telah disaksikan hampir 700 orang penduduk di situ.
Seperti sebelum-sebelum ini, kita sering mendengar tentang kisah berlakunya hujan batu. Tetapi kali ini kami ingin tunjukkan kepada anda mengenai hujan luar biasa yang telah berlaku di Australia.
Apa yang luar biasanya, hujan tersebut bukan hujan air semata-mata tetapi boleh dikatakan sebagai hujan ikan. Macam pelik, tetapi ini adalah kisah benar.
Lokasi kejadian pelik ini berlaku Lajamanu di Wilayah Utara, mempunyai populasi penduduk seramai 669, telah menyaksikan beratus-ratus ikan pelik yang bewarna putih dan kecil jatuh dari langit semasa hujan yang kebanyakannya masih hidup. 
Pakar cuaca di Australia percaya ikan pelik, Spangled Perch, disedut dalam ribut petir sebelum jatuh ke atas bandar kecil itu.
Mark Kersemakers, peramal cuaca di Biro Meteorologi Australia, berkata: “Ia boleh melayangkan ikan pelik itu sehingga 40,000 hingga 50,000 kaki di udara.
Ia adalah kali ketiga dalam tempoh kurang daripada 30 tahun Lajamanu dihujani oleh ikan yang jatuh dari langit, menurut News Northern Territory, selepas laporan fenomena pada tahun 1974 dan 2004.
Jangan lupa menonton video Hujan Ikan Di Honduras Australia di atas. Subhanallah!

Subhanallah... Tak sangka memang ade hujan ikan ni..
K lah, sekian untuk kali ni ;)

Yang Kagum ;

Pangkalan Data Murid VS Sistem Maklumat Murid


Assalamualaikum..

Pangkalan Data Murid

VS

Sistem Maklumat Murid


dahsyat tak tajuk entry arini? Vs- Vs gitu..hihi..
Rasanye semua guru familiar dengan Sistem Maklumat Murid ni, terutama Guru Data & Guru Kelas. almaklumla sentiasa kena update untuk memastikan data SMM tepat dengan data sebenar..

tapi ape Pangkalan Data Murid ni pulak? 
jeng~jeng~jeng.. 
ni la yang telah menambah tugas guru. banyak sangat pertindihan tugas

Pangkalan Data Murid ialah aplikasi yg dibina oleh KPM dengan tujuan untuk dijadikan pangkalan data utama bagi data murid. Data ini nanti boleh diguna pakai oleh semua aplikasi di KPM. Data ini merangkumi profil murid dan penjaga. Walaupun sebenarnya data SMM sudah cukup lengkap, tetapi aplikasi ini tetap mahu digunakan sekaligus menambah tugas para guru.

KPM telah mengeluarkan surat arahan pengemaskinian profil murid pada aplikasi ini dan semua guru haruslah mengemaskini dengan serta merta (ade tulis dalam surat k..). 

Semua data murid perlu siap dikemaskini selewat-lewatnya 24 Februari 2012. Tapi Guru Data sekolah saya minta siapkan sebelum 20 hb supaya dia ade sikit masa untuk semak.

Guru-guru yang mahu mengemaskini boleh membuka aplikasi di link di bawah;


Jadi moh la kita same2 buat.. Buat sambil senyum je untuk mengekalkan kejelitaan. Jangan masam2 muke pulak.hihi..

Adios.. 
pstt... nak update Pangkalan Data tu plak selepas update blog sendiri.
muahaha..

11 February 2012

Minggu Sains, Matematik & Teknologi SMK Maokil, Segamat, Johor

Hello hello~~ Assalamualaikum....

Sekolah sape tak pernah buat Minggu Sains, angkat tangan!! ish..ish..ish..
rasanye semua sekolah pernah buat kan..

pada 11 hingga 15 April 2011, (uik, dah lame, baru nak share ke?) Panitia Sains SMK Maokil dgn kerjasama Panitia Matematik + Pusat Sumber Sekolah telah menganjurkan Minggu Sains, Matematik & Teknologi.. name pon MINGGU Sains, so aktiviti ini berlangsung selama seminggu.. 

Temanya ialah : Sains Penjana Minda Kreatif & Inovatif 

Antara aktiviti + pertandingan yg diadakan ialah;

.:.Kuiz Matematik & Sains.:.Pertandingan Glider.:.Pertandingan Roket Kertas.:.Pertandingan Solar Car.:.Pertandingan Solar Cooker.:.Pertandingan Banner Sains.:.Pertandingan Hoverkraf.:.Explorace Matematik & Sains.:.Pertandingan Landing Safely.:.Pertandingan Roket Air.:.Sudoku.:.Pertandingan Membuat Carta Sains.:.Demonstrasi Pembedahan Katak.:.

ni ialah gambar2 sepanjang Minggu Sains, Matematik & Teknologi berlangsung..
enjoy!! ;)

Majlis Pelancaran - Ucapan Pengetua~

Majlis Pelancaran - Demonstrasi Sains + magic magic ;)

Perasmian Minggu Sains, Matematik & Teknologi - Roket Air SMK Maokil yg telah memenangi banyak pertandingan!

Pembikinan Solar Cooker oleh peserta2.. 

 
Semasa pertandingan Solar Cooker - suhu tertinggi 60++ degree C


Demonstrasi Pembedahan Katak oleh pelajar Ting 4A

erkkk....

Pertandingan Landing safely

Pemeriksaan telur setelah dijatuhkan dari tingkat 3.. 
(bukan semua orang boleh mendaratkan telur tu tanpa pecah k..)

Pertandingan yg mendapat sambutan paling hangat!!

~Roket Air~





Explorace Matematik & Sains

Pertandingan Glider - sebahagian peserta dengan glider masing2

Go Glider~~ whooshhhh.....


Pertandingan Roket Kertas - memerlukan kreativiti utk pastikan roket kertas terbang paling jauh...

rasanye cukup la gambar2 tu.. kalo nak upload sume, mmg banyak.... ;)

B4 mengundurkan diri, saya ingin mengucapkan
tahniah kepada semua peserta dan pemenang.. sekalung penghargaan kepada pihak pentadbiran SMK Maokil n SEMUA guru SMK Maokil yg telah memberikan kerjasama sepanjang aktiviti berlangsung.. tak lupe juge kepada pembantu2 makmal yg banyak membantu...

~kenangan di SMK Maokil~
(skrg dah pindah sekolah lain..huhu)

Kerja Kursus Geografi PMR 2012

Morning.. Assalamualaikum..
Soalan Kerja Kursus Geografi Pmr 2012 dah boleh didownload di web Lembaga Peperiksaan Malaysia..
atau boleh download di link bawah ni..

kepada semua pelajar, selamat membuat kerja kursus.. ;)

AurOra Oh aurora~~


Salam semua... ;)
Entry kali ni saya nak share, apakah AURORA..?

ramai yg tau lagu Aurora by Estranged kan..
sape tak tau, ni ha lagu dia.....

tapi apakah Aurora tu...?
seorang gegurl ke? no, no, no.....
name tempat? mmm...

jom teruskan membaca... ;)

Aurora ialah fenomena cahaya terang yang dapat dilihat di langit malam, biasanya di kawasan kutub. Kerana inilah sesetengah saintis memanggilnya "aurora kutub" (atau "aurora polaris"). Fenomena aurora di utara dikenali sebagai aurora borealis, yang dinamakan bersempena Dewi Fajar Rom, Aurora, dan nama Greek untuk angin utara, Boreas. Ini kerana di Eropah ia kerap dilihat kemerah-merahan di ufuk utara seolah-olah matahari akan terbit dari arah tersebut. Aurora borealis juga dipanggil cahaya utara, dan selalu terjadi di antara September dan Oktober dan Mac dan April. Fenomena aurora di selatan, aurora australis atau cahaya selatan, mempunyai sifat-sifat yang serupa.


ni bbrp contoh aurora yg telah berjaya dikesan melalui en.google..hihi




cantik kan?
tapi macamane Aurora ni boleh terbentuk?

2 b continued la..hikhik..
dah mlm, ngantokzz!

gdnite.. da... ;)

10 February 2012

my 1st entry.. ;)



~Assalamualaikum ;)~

hari ni hari sabtu, 11 Feb 2012.. selalunya ari sabtu yg indah ni dok sebok merancang nak masak ape, nk makan kt kedai mane...
tapi disebabkan ade sekolah ganti, ade plak LDP (latihan dlm perkhidmatan), dapat la ilmu baru ---> membuat BLOG~~ ;)
so inilah hasilnya n inilah my 1st entry.. hihi

since saya seorang guru beropsyen biologi tapi lebih banyak mengajar geografi (T1,T2, T3), sy ingin berkongsi pengetahuan & info tentang geografi dlm blog saya ni.

harapan saya, entries saya nanti dapat memberi manfaat kepada guru2 yg lain, para pelajar n sesape saje yg sudi membaca blog saya yg tak seberapa ni...